Latar Belakang

Misi SMKRA

MEMBANGUNKAN POTENSI DIRI INDIVIDU SECARA MENYELURUH MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

VISI SMKRA

SMK RAJA ABDULLAH MENJADI SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG TAHUN 2020

 

Cogan Sekolah

" S  E  N  T  I  A  S  A     M  A  R  A "

Merupakan cogan kata Sek. Men. Keb. Raja Abdullah.

Cogan kata ini menjadi pegangan setiap pelajar kerana ia melambangkan kegigihan pelajar menuntut ilmu dan teknik dengan nurani yang bersih dan wangi untuk menuju biduk kematangan.

 

Falsafah SMKRA

SMKRA Sentiasa Bersedia Melahirkan Pelajar-Pelajar yang Berketerampilan dan Berperikemanusiaan Menghadapi Cabaran Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara 

Piagam SMKRA

Kami Berjanji akan Memberikan Komitmen Sepenuhnya Segala Tanggungjawab yang Dipikul dan Memastikan PelangganKami Diberi Layanan Mesra, Cepat dan Mendapat Kepuasan

Lencana Sekolah

Saiz sebenar lencana Sek. Men. Keb. Raja Abdullah:

Garis bulat 2.3 cm dan meliputi luas 9.62 cm².

Maksud lambang pada lencana Sek. Men. Keb. Raja Abdullah:

Lambang obor melambangkan kemajuan, dedikasi, dan kegigihan menuntut ilmu. Buku pula melambangkan ilmu dan teknik, manakala bulatan biru melambangkan dunia dan masyarakat.

Makna warna:

Warna biru dan putih merupakan warna sekolah. Biru melambangkan digniti atau maruah. Putih melambangkan kesucian hati menurut landasan Rukunegara. Warna merah pada obor mempunyai pengertian maju, dedikasi, dan kegigihan.

Ungkapan kata:

Menuju biduk kematangan disuarakan oleh cogan kata sekolah, "SENTIASA MARA" pada lencana. (Nama sekolah, Sek. Men.Keb. Raja Abdullah dan tempat letaknya, Kuala Lumpur juga dipaparkan pada lencana).

Bendera Sekolah

Saiz sebenar bendera Sek. Men. Keb. Raja Abdullah:

90 cm x 150 cm.

Bendera Sek. Men. Keb. Raja Abdullah mengandungi 3 bahagian: lencana sekolah, bahagian yang berwarna putih dan bahagian yang berwarna biru tua.

Lencana sekolah melambangkan sekolah (sila rujuk kepada penerangan mengenai lencana Sek. Men. Keb. Raja Abdullah). Warna biru tua melambangkan perpaduan dalam kalangan pelajar manakala warna putih melambangkan nurani yang bersih dan wangi pelajar dalam menuntut ilmu.

Lagu Sekolah

S  E  N  T  I  A  S  A      M  A  R  A

Majulah, majulah SMK Raja Abdullah,
Majulah mencapai cita-cita.
Tuntutlah ilmu tunaikan kerja,
Semoga hidup berjaya,

Kepada guru pemimpin utama,
Kepada ibu kandung sejati.
Sentiasa mara pencipta negara
Semoga Malaysia kekal abadi

 

Pengasas Sekolah

Dr. Choo Kai Fook (MBBS Singapore)

 

Dr. Choo dilahirkan di Pulau Pinang dalam tahun 1932. Beliau belajar di Sekolah St. Xaviers di Pulau Pinang dan kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Singapura. Beliau telah mendapat Ijazah sebagai seorang doktor dalam tahun 1960 dan terus berkhidmat di Hospital Besar Pulau Pinang selama 3 tahun. Dalam tahun 1963, beliau berkahwin dengan seorang guru dan berpindah ke Kuala Lumpur. Beliau telah membuka sebuah klinik sendiri di Kampung Batu.

Dr. Choo mula melibatkan diri dengan Sekolah Menengah Batu dari mula-mula sekolah ini ditubuhkan. Beliau pada mula berpendapat, penubuhan sekolah ini hanyalah untuk penduduk-penduduk kawasan Batu terutamanya Jinjang. Kawasan Jinjang pada mulanya merupakan kawasan kampung baru yang ditubuhkan oleh kerajaan ketika itu. Oleh kerana penduduk-penduduk Jinjang menghadapi banyak masalah dengan anak-anak mereka, beliau berpendapat sekolah ini mempunyai masalah yang besar iaitu disiplin pelajar. Oleh yang demikian, pengetua-pengetua pertama, kedua, ketiga terpaksa menangani masalah tersebut dengan tegas.

Pada bulan April, 1976, Jabatan Pendidikan telah melantik Dr. Choo Kai Fook dan dua lagi orang terkenal dari daerah Batu sebagai Ahli Lembaga Gaboner Sekolah itu. Lembaga ini membantu dalam pengelolaan sekolah terutamanya hal-hal kewangan.